Sunday 8 July 2012

TAJUK 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Kepentingan JSU
·         Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan  secara terancang dan rapi.
·         Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
·         Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
·         Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
·         Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
·         Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

JSU mengandungi maklumat tentang:
·         Bentuk dan panjangnya ujian
·         Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
·         JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
·         Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
·         Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
·         Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
·         Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
·         Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.


Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)


Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.
Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.


Langkah tiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)
Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.
Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Contoh Jadual Spesifikasi  Ujian UPSR

Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun
Bahasa Melayu Tahun 5
                                                        40 Soalan Objektif                       

Kertas 1



Rumusan
Dalam penilaian, JSU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.


No comments:

Post a Comment