Wednesday 18 July 2012

TAJUK 4: Pembinaan Ujian


PEMBINAAN UJIAN

Pendahuluan
Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P.

Jenis-jenis Ujian
·         Ujian objektif
·         Ujian subjektif

SOALAN OBJEKTIF
*      Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
*      Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif.  Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir
*      Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.

Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
*      Item respon bebas
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.
Contoh;
Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.

*      Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
  • Jenis soalan respon tetap;
1. Format salah betul
2. Padanan
3. Aneka pilihan

Format salah betul
Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).
Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
1. Hitam – Putih ( )

Padanan
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.

Aneka Pilihan
Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
1. Berbentuk soalan
2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
3. Jenis jawapan terbaik
4. Analogi
5. Antonim
6. Jenis negatif
7. Mengisi tempat kosong
8. Item jenis campuran
9. Teknik kloz


Panduan pembinaan
1. Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan.
2. Stam merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.
3. Jawapan pilihan merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.
4. Distraktor (penganggu jawapan

Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:
1. Arahan mesti jelas dan mudah difahami.
2. Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.
3. Jawapan yang disediakan haruslah logik.
4. Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
5. Aras kesukaran haruslah setara.
6. Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
7. Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.

Kelebihan
  1. Mudah disemak
  2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
  3. Menguji banyak topik
  4. Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
  5. Mengukur proses mental yang tinggi
Kelemahan
  1. Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
  2. Potensi untuk meneka jawapan tinggi
  3. Sukar untuk dibina
  4. Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
  5. Calon bijak tidak perlu belajar banyak
  6. Tidak dapat mengukur keaslian
SOALAN SUBJEKTIF
  • Definisi : Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
  • Terdapat dua jenis
  1. Tindak balas terhad (struktur – jwpn : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan)
  2. Tindak balas lanjutan (esei)
Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Terdapat dua jenis item esei
  1. Item tindak balas terhad
  2. Item tindak balas lanjutan
Item tindak balas terhad
Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas.

Item tindak balas lanjutan
Item jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka

Kelebihan
  • Mudah digubal
  • Sesuai untuk semua mata pelajaran
  • Sesuai untuk semua aras taksonomi
  • Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
  • Mengurangkan konsep meneka.
  • Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
  • Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
Kelemahan
  • Bidang yg diuji terhad
  • Soalan boleh diramal
  • Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
  • Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak. 
  • Nilai potensi diagnostik yang rendah
  • Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu
  • Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orang yang terlatih.
    ·         Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.



·       
·        .
·       

No comments:

Post a Comment