Sunday 8 July 2012

TAJUK 2: Taksonomi dan Domain



Taksonomi Bloom


· disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956
. Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan      
  organism berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.
. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk  
  menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif  
  pendidikan yang melibatkan bidang-bidang sepertti pengetahuan, kesikapan dan  
  psikomotor.
. Domain kognitif taksonomi bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai  
  elemen di dalam pentaksiran

Peringkat-peringkat dalam Taksonomi Bloom
Terdapat enam aras dalam Taksonomi Bloom iaitu:
a) Pengetahuan
· Mengingat semula tanpa perubahan.
· Mengetahui objektif pembelajaran.
· Terdiri daripada suatu penyataan yang ringkas, tepat dan tidak memerlukan  
   contoh.
· Contoh soalan:
   Apakah nama ibu Negara Malaysia?

b) Pemahaman
· Kebolehan mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang  
  lain.
· Boleh menyatakan idea utama dalam ayat sendiri.
· Terjemahan isi kepada huraian.
· Memahami bahan dengan berkesan.
  Contoh soalan:
  Nyatakan kesan akibat merokok.

c) Aplikasi
· Kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi baru.
· Menekankan penggunaan kaedah, prinsip dan hukum teori.
· Pembelajaran dari bahan mujarat/abstrak.
Contoh Soalan:
Bagaimanakah pemburu itu selamat daripada dibaham harimau?
d) Analisis
· Kebolehan memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil.
· Membahagikan pembelajaran.
· Menaakul sebab dan meleraikan komunikasi
· Menilai kerelevanan data (topik)
  Contoh soalan:
  Jelaskan dua perbezaan haiwan omnivor dan haiwan karnivor?

e) SIntesis
· Kebolehan mencantumkan dan mengintegrasikan fakta yang berkaitan.
· Membentuk sesuatu yang baharu (idea).
  Contoh soalan:
  Cadangkan beberapa cara bagi mengatasi masalah ponteng kelas di kalangan   
  pelajar?

f) Penilaian
· Menguji kebolehan, mebuktikan, mengkritik.
· Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria.
  Contoh soalan:
  Pada pendapat anda, apakah kelebihan belajar secara berkumpulan dan belajar  
  secara bersendirian?









Objektif pembelajaran yang menekankan aspek perasaan, emosi dan tahap penerimaan individu.
Dapat dinilai dalam diri seorang individu melalui watak dan perwatakan. (Luaran dan dalaman).

Aspek yang terkandung dalam domain afektif:
a) Minat
b) Tingkahlaku
c) Penghargaan
d) Nilai
e) Emosi

Peringkat-peringkat dalam domain Krathwohl

PENERIMAAN
· Keinginan dan kesanggunpan untuk memberi idea atau bahan serta boleh bertoleransi berdasarkan situasi.
· Objektif am:
i. Mendengar dengan teliti.
ii. Menunjukkan sensitiviti.
iii. Menerima perbezaan khusus.
iv. Hasil pembelajaran:
v. Menyoal, memilih, menghuraikan.
vi. Mengikut, mengenalpasti, menamakan.

BERTINDAK BALAS
· Kesanggupan untuk bertindak balas terhadap ransangan.
· Boleh mengambil bahagian secara aktif.
· Objektif am: Melengkapkan tugasan.
· Objektif khusus: Boleh menulis tentang isi pelajaran.
· 3 kategori:
I. Persetujuanmembalas.
II. Kesediaanmembalas
III. Kepuasanmembalas.

MENILAI
· Kesanggupan untuk dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan atau situasi.
· Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan.
· Menilai berdasarkan penghayatan satu set nilai spesifik.
· 3 kategori: Penerimaan, pilihan dan penglibatan.
· Objektif am: Menghargai orang lain
· Objektifkhusus: Boleh melaporkan

ORGANISASI
· Kesanggupan menghubungkait sesuatu perkara dengan nilai yang dipegang.
· Pelajar boleh membezakan nilai dan situasi yang berbeza.
· Kategori: Penanggapan dan organisasi.
· Objektif am: Pelajarboleh merekacipta.
· Objektifkhusus: Pelajar mampu membina ayat dan fakta.

PERWATAKAN
· Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang.
· Perubahan tingkah laku selepas sesi P&P.
· Objektif am: Mengekalkan nilai-nilai dalam P&P.
· Objektif khusus: Disiplin dalam mengekalkan nilai.

RELEVAN
· Tidak membiarkan murid menerima ilmu sekadar dari segi luaran yang tidak mempunyai nilai.
· Menginginkan murid untuk bertindak balas terhadap pembelajaran dengan menilai,merancang dan membuka minda murid
· mereka cenderung dalam sesuatu bidang.
· Mencari cara pengajaran yang meransang minat pembelajaran murid.
· Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang tidak berkait rapat dengan minat murid.

· Topik yang terkandung dalam literasi pendidikanseperti:
a) Tingkahlaku.
b) Motivasi.
c) Komunikasi.
d) Cara pengurusanbilikdarjah.
e) Cara Pembelajaran.
f) Penggunaan teknologi.






Rujukan:
http://www.educ.upm.edu.my/~gm/berfikir.htm
http://www.uwsp.edu/education/lwilson/curric/newtaxonomy.htm
http://coe.sdsu.edu/eet/Articles/bloomrev/index.htm
http://www.slideshare.net/qeela/pp-toksonomi-bloom-domain-krathwohl~QEELA~http://id.wikipedia.org/wiki/Taksonomi_Bloom







No comments:

Post a Comment