1) Penilaian Melalui Portfolio.
2) Penilaian Melalui Pemerhatian
Portfolio
Apakah portfolio?
·
Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan
merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui
·Ciri-ciri
portfolio.
Ø Dokumentasi
berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
Ø Proses
pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman
dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan
maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
Ø Menggalakkan
pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai
pihak.
Ø Kandungan
portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
Ø Portfolio
bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan
Penilaian Portfolio
Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan
seimbang.
Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta
perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan
supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut
kriteria yang telah dipersetujui bersama.
Jenis-jenis
Portfolio yang boleh dibina.
1. Porfolio
kerja harian
2. Portfolio
hasil terbaik
3. Portfolio
dokumen.
1.
Portfolio Kerja Harian
Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan
dalam satu jangka waktu yang diberikan.
Contohnya; Proses
perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang
mempunyai ciri-ciri berikut.
2.
Portfolio Hasil Terbaik
Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada
portfolio kerja harian
Berbentuk sumatif
Contohnya;
Hasil lukisan yang terbaik
daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja
terbaik.
3.
Portfolio Dokumen
Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa
mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja
tugasan.
· Contohnya;
Hasil lukisan daripada warna
tersebut.
Kegunaan Portfolio
Ø Membolehkan
guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat
penilaian secara holistik.
Ø Mengekalkan
galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
Ø Membolehkan
guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta
perkembangan.
Ø Mempelbagaikan
bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod
pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
Ø Membolehkan
penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui
pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama,
ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
Perancangan Portfolio
Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio
yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara
keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk
menilai portfolio.
Bagaimana Portfolio dinilai?
Ø Portfolio
dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
Ø Fokus
kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
Ø Peta
perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang
lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut
selesai.
·
·
Merekod Penilaian Portfolio
- Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
- Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.
Kriteria penilaian
- Struktur dan organisani
- Strategi pengurusan
- Variasi isi yang sesuai
- Struktur ayat dan gaya bahasa
- Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
- Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
- Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.
Penilaian
Melalui Pemerhatian
Ø Pemerhatian
secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau
ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang
keberkesanan P&P.
Ø Meliputi
aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
Ø Boleh
guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.
Ø Pemerhatian
berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
Ø Pemerhatian
juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan
bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
· Perkara yang perlu diambil
semasa dibuat pemerhatian;
1. Kualiti
Pemerhatian
2. Bentuk
perancangan
3. Merekod
penilaian pemerhatian
4. Jenis
Pemerhatian
5. Strategi
pelaksanaan
6. Fungsi
penilaian melalui pemerhatian.
Kualiti
Pemerhatian
Ø Pengetahuan
mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.
Ø Guru
perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
Ø Yakin
dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
Ø Ikhlas
dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
Ø Tekal dan
stabil dalam penilaiannya.
··
Bentuk
Perancangan
§ Menyediakan
alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya
§ Menetukan
teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
§ Merangka
tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada
pemerhatian.
Merekod
penilaian pemerhatian
§ Rekod
pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari
segi:
a) Pendekatan,
kaedah individu atau berkumpulan
· Semasa
menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara
pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
b) Menjalankan
Tugasan
· Cara
individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai
dengan tepat .
c) Cara
merekodkan dapatan dan rumusan
· Dapatan
dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
d) Tindakan
Susulan
· Rekod
pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.
Rekod anekdot
§ Boleh
digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang
tertentu seperti berikut:
1. Kecekapan
linguistik (bidang bahasa)
2. Melihat
kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
3. Muzik
4. Kecekapan
(body khanisthetic)
5. Kecekapan
intrapersonal
6. Kecekapan
interpersonal
Kecekapan Linguistik
§ Keupayaan
menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan
dan merangsang.
Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.
§ Keupayaan
memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan
dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
Muzik
§ Keupayaan
mencipta muzik dan mengubah lagu.
Kecekapan (body khanisthetic)
§ Berkemahiran
sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.
Kecekapan Intrapersonal
§ Keupayaan
memahami perasaan dan emosi diri.
Kecekapan interpersonal
§ Keupayaan
memahami dan bergaul dengan orang lain.
Jenis
pemerhatian
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:
I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab
tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk
penilaian semasa.
II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”.
Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
III. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam
bentuk sekuense.
Strategi Pelaksanaan.
I. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/
dirancang.
II. Menggunakan senarai semak.
III. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
IV. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
V. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
VI. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
Fungsi
Pemerhatian
§ Guru
berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
§ Guru
membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai
maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.
No comments:
Post a Comment