Sunday 8 July 2012

TAJUK 1: Pentaksiran, Pengujian, Penilaian dan Pengukuran




a)Pentaksiran
·       Suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap             
     sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu
  • Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000).
  • Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor.
  • Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
Aspek-aspek utama pentaksiran;
1.    Instrumen
2.    Kumpulan yang ditaksir (kumpulan sasaran)
3.    Respon (proses menguji @ pengujian)
4.    Kumpulan penaksir (penguji)
5.    Skor (pengukuran)

b)Pengukuran
  • Suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen.
  • Menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.
  • Biasanya pengukuran diwakilkan dengan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu.
  • Misalnya,Ahmad mendapat markah 80 peratus dalam ujian Bahasa Melayu. Prestasi Ahmad tidak dapat dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya.
  • Ini kerana kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai.
  • Pengukuran adalah menjurus kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu.
  • Pengukuran juga tidak bersifat mutlak.
  • Ketinggian mental seseorang individu lebih sukar untuk diukur.berbanding ketinggian fizikal.
Ciri-ciri pengukuran;
1.    Boleh dibuat atau dilaksanakan tanpa menggunakan alat pengujian.
2.    Menggunakan kaedah (alat)
3.     Tidak bersifat mutlak
4.    Hasil pengukuran diwakilkan dengan sesuatu angka.
c)Penilaian
  • Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
  • Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara.
  • Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.
  • Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.
  • Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.
  • Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan.
  • Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar.
  • Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan.
  • Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan.
  • Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.
  • Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali.
  • Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami.
  • Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor.
  • Misalnya Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih.
  • Penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.
  • Dari segi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai.
  • Penilaian akan membolehkan anggaran dapat dibuat sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya.
  • Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu. Misalnya dalam pendidikan, masalah yang dapat diselesaikan ialah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan seperti menguasai kemahiran dalam bahasa.
Proses penilaian;
  1. Penentuan objektif/ ukuran
  2. Mendapatkan maklumat dan memproses maklumat/ analisis ukuran
  3. Membuat kesimpulan/ menyatakan nilai @ menginterpretasi ukuran

d) Pengujian
  • Merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus
  • Ujian adalah alat ukur.
  • Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan.
  • Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
  • Ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran.
  • Tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat.
  • Pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus.
  • Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
  • Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
  • Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.
  • Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
  • Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
  • Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan dikukuhkan oleh Milagros(1981) seperti yang terkandung dalam Raminah Hj.Sabran(1991). (Raminah 1991:2).
  • Proses pengujian bermula dengan peringkat persediaan, pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.
  • Proses pengujian membolehkan guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai tahap kemahiran yang telah dipelajari.
Ujian & Pengujian

Apakah perbezaan ujian dan pengujian?

Ujian merupakan suatu bahan atau alat tertulis yang dibina oleh guru untuk menguji kemahiran berbahasa.  
Contoh: 
  • Ujian Kloz - Ujian kefahaman membaca
  • Ujian Imlak - Ujian kemahiran mendengar
Ujian ialah prpsedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan satu sistem yang berkategori. (Cronbach, 1970)

Pengujian pula merupakan;
  • Proses menguji sesuatu kemahiran berbahasa atau; 
  • Proses sesuatu alat sedang ditadbir.
  • Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar

Ikon perkaitan penilaian, pengukuran, pentaksiran dan pengujian

PERBEZAAN PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Ciri
Pentaksiran
Pengujian
Penilaian
Definisi
*      Satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
*      Satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
*      Satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.
*      Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. 
*      Proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
*      Proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
*      Satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
Tujuan
*      Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
*      Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
*      Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
*      Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
*      Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
*      Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
*      Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
*      Menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
*      Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.
*      Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.
*      Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.
*      Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya
*      Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.
*      Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
*      Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
*      Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.
*      Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.
Bentuk
Set ujian bertulis dengan markah dan gred.
*      Pemerhatian
*      Ujian lisan
*      Ujian bertulis
*      Jadual
*      Gred berdasarkan teknik perangkaan.
Cara / proses
*      Proses pengujian
*      Merekod markah/gred
*      Persediaan ujian
*      Pentadbiran
*      Pemeriksaan
*      Proses pengukuran
*      Proses penganalisian
*      Proses intepretasi
*      Melapor
*      Tindakan
Masa
Selepas pembelajaran
Selepas pembelajaran
Sebelum, semasa dan selepas pembelajaran
Liputan
Sesuatu peringkat pembelaran.
Terhad kepada sesuatu kemahiran atau pembelajaran.
Dari sesuatu pembelajran tertentu ke seluruh kurikulum.
Keputusan
Menunjukkan pencapaian secara relatif.
Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik.
Menunjukkan pencapaian secara keseluruhan tetapi tidak semestinya membayangkan kebaikan seseorang individu.

Rujukan
Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
http://cikguhanz.blogspot.com/2009/06/minggu-1-konsep-pengujianpengukuran-dan.html








No comments:

Post a Comment